Urut tradisional Melayu adalah amalan orang-orang Melayu di Malaysia sejak berkurun
abad yang lalu. Urut ini diamalkan oleh orang-orang Melayu melalui proses turun temurun.
Kalau dahulunya orang-orang yang mendapat ilmu mengurut adalah melalui keluarga mereka
yang teratas seperti dari nenek, datuk, emak dan bapa. Mereka percaya bahawa tanpa
diturunkan melalui pemindahan dari keluarga kepada keluarga maka seseorang itu tidak boleh
mengurut. Lagi satu cara seseorang boleh memperolehi ilmu mengurut itu adalah dengan
mendapatinya melalui mimpi. Cara mereka memperolehi ilmu ini adalah pemberian tuhan yang
maha esa. Seseorang yang menghidapi sakit yang teruk seperti demam teruk, sakit seluruh
badan yang teruk atau seseorang yang hidupnya terlalu susah, miskin dan menderita juga
boleh mendapati ilmu mengurut ini dengan cara bermimpi. Kurniaan ilmu ini melalui mimpi oleh
Allah S.W.T. adalah semata-mata untuk menolong orang-orang yang tertentu yang hidupnya
terlalu susah dan menderita. Orang-orang tertentu dan terpilih ini di beri ilmu ini untuk
membantu orang lain dan juga membantu diri mereka sendiri.
Di sini sahih bahawa urutan ini adalah salah satu cara terapi tradisional yang diiktiraf
bukan sahaja masyarakat seluruh dunia malah oleh tuhan juga. Orang-orang Melayu percaya
bahawa proses begin! selalunya tidak boleh di pindah ajar kepada pihak ketiga. Hanya dari satu
pihak kepada pihak penerima. Tetapi berlainan pula dizaman moden ini ilmu mengurut
tradisional Melayu boleh diajar dan boleh dipelajari melalui seorang guru yang mahir kepada
seseorang yang lain dengan bayaran yang ditetapkan tanpa terdapat apa-apa pantang larang
atau syarat-syarat yang terlalu ketat. Pembelajaran mengurut ini diperolehi melalui syarat
zahiriah. Tetapi boleh dimantapkan lagi dengan ditambah beberapa pendindidng atau mukjizat
beberapa ayat Al-Quran yang terpilih (bagi orang-orang Islam sahaja)
Masyarakat Melayu kita mempercayai bahawa terdapat beberapa petua yang harus
dipatuhi ketika kita membuat kerja-kerja mengurut. Ini adalah untuk mengelakkan sampukan,
badi daripada orang-orang yang kita urut. Tetapi setelah penulis melalui pengalaman bekerja
dengan orang-orang Barat dan Eropah dan setelah berpeluang mengurut mereka, tidak
dinafikan mereka juga percaya akan kewujudan perkara-perkara halusinasi dan kaitan kaitan
antara pesakit dan juga tukang urut. Terdapat seperti contoh tukang urut akan mendapat
penyakit yang sedang dihadapi oleh pesakit seperti, demam, sakit bias-bisa tulang dan lain-lain.
PANDUAN MENGURUT3 Tradisional 6
www.Urutsihat.com/blog
Kadang-kadang terdapat tukang urut yang mengalami kekejangan di jari jemari dan pangkal
lengan. Ini semua menunjukkan bahawa benda-benda halusinasi ini wujud. Tetapi adakah anda
tahu cara untuk mengatasi masalah ini. Bagi orang-orang Cina dan Jepun mereka akan
memakai atau menyimpan batu kristal yang berwarna putih di badan mereka ketika
menjalankan tugas mengurut. Mereka percaya bahawa kristal berwarna putih akan dapat
membantu mereka daripada serangan benda-benda halusinasi dan menghindarkan diri mereka
daripada mendapat penyakit berpindah dan ada daya mengawal diri mereka (wallahualam).
Berlainan pula dengan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam, kita bolehlah memakai
sedikit pend-inding atau membaca beberapa surah seperti AL-Fatihah, Surah Al-Asr dan Surah
Al – Kursi.
Disamping surah-surah ini anda juga boleh berselawat nabi sambil menjalankan tugas
anda. Kita kena yakin dan bertawakal. Selain daripada yakin dan bertawakal kita juga harus
ikhlas bila melakukan kerja-kerja mengurut dan selalu diiringi dengan niat yang positif iaitu
membantu memulihkan kesihatan pesakit kita. Apabila kita memegang badan orang lain telah
berlakunya pertemuan tenaga dan aura kita dengan pesakit tersebut. Sebab itulah salah satu
cara lagi untuk kita menga-wal diri kita ialah dengan belajar mengenai aura dan tenaga
dalaman. Apabila kita tahu mengenai aura kita akan lebih yakin dan kita akan memakai pakaian
yang berwarna aura kita sahaja yang boleh menjadi warna perisai kita dan dapat menjadi warna
kawalan untuk diri kita. Kalau kita mengurut orang-orang yang bukan Islam sekalipun kita perlu
memulakan gerak kerja kita dengan kalimah bismillah. Kalimah ini adalah untuk diri kita. Kita
telah maklum bahawa kalimah bismillah telah diturunkan oleh Allah S.W.T. lebih awal iaitu
seawal 700 tahun sebelum datangnya Islam. Ini amat berkesan untuk membantu kita di dalam
kerja yang boleh dikatakan bukan mudah dilakukan oleh semua orang. Tetapi menjadi mudah
dan menyeronokkan sekiranya kita melakukan dengan tujuan ikhlas untuk menolong dan
membantu